Apakah itu Model Bottom Up?
Model
Bawah ke Atas dibincangkan oleh beberapa orang pengkaji. Namun begitu,
tokoh utama yang banyak mengkaji model ini ialah Gough (1972, 1985).
Model ini menyatakan individu memulakan proses membaca apabila matanya
mengenal pasti maklumat visual yang tertera dalam teks yang dibacanya
melalui siri perbuatan yang berterusan. Proses ini bermula secara
linear iaitu bermula dengan mengecam dan mengenal pasti huruf,
menghubungkan cirri-ciri bagi mengenal huruf, menggabungkan huruf bagi
memilih pola ejaan iaitu fonem, menghubungkaitkan perkataan-perkataan
dan akhirnya menghasilkan proses membina ayat, paragraph dan semantik. Model
ini sangat bermanfaat bagi golongan membaca yang lemah dalam bahasa
pertama dan bahasa kedua. Hal ini demikian kerana, golongan ini lebih
memfokuskan tahap perkataan bagi teks daripada makna secara global.
Apakah itu Model Top Down?
Model
Atas ke Bawah ini berasaskan model psikolinguistik oleh Goodman (1967,
1970) dan Smith (1971, 1978). Model ini memberi penekanan terhadap
pembaca dan pergerakan bahan bacaannya yang masih lagi bersifat linear
tetapi bergerak dari atas ke bawah. Tambahan lagi teori ini
mengemukakan fenomena di mana makna tidak terdapat di dalam teks yang
dibaca tetapi makna diberikan oleh pembaca itu sendiri. Pembaca akan
memahami teks yang dibaca walaupun tidak mengenal setiap perkataan yang
dibaca. Demikian hal itu, pembaca akan menggunakan makna dan isyarat
bahasa serta pengetahuan bahasa yang sedia ada bagi mengenal pasti
perkataan yang tidak dikenali. Hal ini demikian kerana, focus utama
dalam pengajaran adalah membaca ayat, pragraf dan keseluruhan bahan
bacaan. Selain itu, perkara penting dalam bacaan adalah jumlah dan
jenis meklumat penting yang diperoleh semasa melakukan aktiviti bacaan. Model Atas ke Bawah ini menunjukkan bahawa pemahaman teks adalah lebih penting berbanding penggunaan bahasa dan maklumat.
Apakah itu model Interaktif?
Model
interaktif merupakan model pembelajaran yang bersifat kognitif. Antara
tokoh utama dalam model interaktif ialah Stanovich ,1980 dan Rumelhart,
1990. Berdasarkan model ini, pembaca mendapatkan makna daripada bahan
bacaan yang dibaca melalui struktur permukaan bahasa, struktur dalaman
bahasa serta melalui pengalaman dan pengetahuan sedia ada.
Tambahan lagi, proses interaktif ini menggunakan cetakan sebagai input dan makna sebagai out put. Model Atas ke Bawah dan Bawah ke Atas boleh timbul secara silih berganti atau serentak dalam proses membaca bergantung kepada pembaca dan juga teks. Model ini mencadangkan pembaca membina makna dengan cara memilih maklumat daripada semua sumber makna tanpa mematuhi mana-mana arahan. Namun begitu, pembaca hendaklah menggunakan semua peringkat proses membaca.
Tambahan lagi, proses interaktif ini menggunakan cetakan sebagai input dan makna sebagai out put. Model Atas ke Bawah dan Bawah ke Atas boleh timbul secara silih berganti atau serentak dalam proses membaca bergantung kepada pembaca dan juga teks. Model ini mencadangkan pembaca membina makna dengan cara memilih maklumat daripada semua sumber makna tanpa mematuhi mana-mana arahan. Namun begitu, pembaca hendaklah menggunakan semua peringkat proses membaca.
Apakah itu Model Transactional?
Penyelidik
utama dalam bidang penyelidikan bacaan berasaskan teori transactional
ialah Louise Rosenblatt yang juga merupakan pelopor teori. Dia dibantu
oleh Dewey dan Bently yang mencadangkan bahawa pembelajaran bukan
merupakan interaksi tetapi pembelajaran adalah transaksi. Dalam model
transactional ini, membaca merupakan proses membina makna daripada
kombinasi pembaca tertentu, pada masa atau konteks tertentu, dengan teks
tertentu. Ia merupakan suatu transaksi antara pengarang, pembaca dan
teks. Tambahan
lagi, membaca adalah aktiviti memilih iaitu pembaca membawa perasaan,
sikap, jangkaan, dan tujuan untuk setiap teks dan ia mambawa kepada
makna atau penimbulan. Namun demikian, pendirian, pendirian pembaca
yang akan menentukan pengalaman yang diperoleh daripada teks itu.
Kesimpulannya, model transactional ini menunjukkan bahawa membaca merupakan proses yang melibatkan pembaca, masa atau konteks serta teks yang menghasilkan makna yang tersendiri.
No comments:
Post a Comment